Wednesday 27 June 2012

Selamat Berkenalan Semua

Empunya diri ini diberi nama Mardhiah binti Baharom..Mudah dan satu perkataan sahaja..bila ditanya pada ummi apakah maksud nama ini..Alhamdulillah syukur maknanya indah sekali iaitu yang dirahmati oleh Tuhannya..semoga aku senantiasa berada dalam rahmat Allah SWT.. Seorang manusia biasa, gadis remaja yang belum banyak pengalaman tentang erti kehidupan..masih memerlukan pelbagai lagi ilmu pengetahuan..diri ini seorang yang sentiasa malah acap kali melakukan kesilapan..Menjalani kehidupan sebagai bakal guru di Insitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai Kuala Lumpur..Sekarang berada di Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk kursus mata pelajaran Bahasa Melayu..Baru Pra-Ijazah melambangkan bahawa umurku hanya baru setahun jagung dalam bidang pendidikan ini dan aku berjanji dan memegang azam untuk menjadi seorang guru yang hebat dan secara jujurnya idolaku adalah ummiku sendiri yang bertugas sebagai guru sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad Melaka juga merupakan guru Bahasa Melayu yang baru menerima pangkat guru cermerlang DG54..ummiku sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah dan beliau bertekad untuk bersara dari bidang pendidikan ini dengan pangkat yang tertinggi yang lagi satu anak tangga perlu didaki..amin amin,,kejayaanmu kebangganku..Aku juga berjanji dan bertekad akan menjadi sehebat ummiku malah beliau berkata bahawa aku perlu jadi lebih hebat dari dirinya..amin..Lupa untuk aku nyatakan disini,,walaupun aku belajar di ibu kota tetapi aku adalah anak jati negeri bersejarah huhu..Aku lahir dan menetap di Melaka..sebelum ini aku tidak pernah keluar dari Melaka..maksudku untuk belajar,,dari tadika, sekolah rendah dan seterusnya sekolah menengah semuannya di Melaka..satu pengalaman baru apabila ditawarkan belajar di perantauan walaupun tidak jauh mana pun dari negeri asal..Seronok dengan pengalaman-pengalaman yang dapat dan bakal aku kumpulkan selama 5 tahun 6 bulan ini..duduk bukan dengan keluarga walaupun sebenarnya pada peringkat menengah pun aku memang bersekolah berasrama di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka,, tetapi jarak sekolahku dengan rumah teramatlah dekat sehingga kalau aku berani 'fly' atau Bahasa Melayunya keluar asrama tanpa kebenaran memang aku akan balik ke rumahku..dari puncak bukit sekolahku,,sekolah memang dikenali sebagai sekolah atas bukit,,akan nampak kawasan perumahan aku..huhu..jadi tidak terasa 'homesick' haha..lagipun memang ummi dan ayah akan datang menjengukku setiap hujung minggu kerana adik-adikku juga turut bersekolah di sekolah yang sama,,adik-beradikku tidak ramai..aku anak sulung dari tiga beradik..semua kami tinggal di asrama,,kesian ummi dan ayah kesunyian di rumah sampailah sekarang...semua masih di asrama..jadi setiap kali hujung minggu jika kampusku tiada program aku akan balik ke rumah menemani mereka berdua..rasanya itu sahajalah yang aku coretkan sebagai pengenalan..haha banyak rasanya ini..sekian..sudilah singgah

1 comment: