Tuesday, 10 July 2012

Menunggu Kehadiranmu

Assalamualaikum..tajuk post kali ni macam jiwang jer kan..hahaha..memang..aku menunggu kehadiran sesuatu..aku menunggu kehadiranmu ya Ramadhan..tak lama je lagi..pejam celik pejam celik tak sampai dua minggu je lagi kita nak berpuasa..Ya Allah,, bertapa lajunya masa ini berlalu..tanpa aku sedar..padanlah ada istilah sekelip mata dalam pepatah Melayu..aku mohon kepadamu Ya Allah,,panjangkanlah umurku supaya aku dapat berjumpa dengan Ramadhanmu pada tahun ini..amin amin amin..



Aku merupakan insan yang banyak melakukan kesilapan..tidak pernah sempurna dan aku tahu aku tidak akan jadi sempurna,,tapi apa yang aku harapkan supaya diri ini sentiasa menjadi lebih baik dan terus lebih baik.. jujur aku katakan,,aku ni jahat sebenarnya..tak baik pun..tapi bukanlah kategori penjenayah..jauhkanlah ya Allah..haha..tapi aku cuba dan terus mencuba untuk menjadi orang yang tidak menyakiti orang lain dan disenangi orang lain,, InsyAllah..dan hal ini aku akan mulakan dari sekarang dan akan sentiasa dipertingkatkan..kembali kepada titik asal..huhu..selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..jangan persiakan Ramadhan kali ini,,mungkin ini adalah Ramadhan terakhir kita..peringatan untuk diri sendiri juga.,assalamualaikum,,terima kasih sudi baca..:)

Refleksi Video..khas untukmu



Berdasarkan video ni,,bagi saya lah..ajal itu memang di tangan Tuhan..kalau diperhatikan video ini jelas menunjukkan kekuasaan Allah yang menentukan hidup mati seseorang itu..diikutkan logik akal jika seseorang itu berada di tempat tersebut mungkin boleh berada di alam lain sekarang ini,,tapi ajal itu memang Tuhan yang tentukan..selagi belum sampai ajal kita, kita takkan tinggalkan dunia walau apa cara pun kita lakukan untuk mati..hal ini amat berkait rapat dengan Kecerdasan Spiritual kita,,kepercayaan kita kepada Tuhan..SQ merupakan elemen yang paling penting dalam kehidupan kita ini..Video ini amat menginsafkan..selamat menonton..assalamualaikum...terima kasih sudi baca..:)

Kecerdasan Emosi ####..Refleksi Minggu Ketiga

Hai semua..tiga minggu berturut-turut masa diluangkan untuk subjek tercinta Kecerdasan Emosi..blog saya tercipta untuk KE..seronoknya!!! sangat!!
Baik..untuk penulisan kali ini pula saya nak membuat refleksi tentang input yang saya dapat untuk minggu ketiga bagi subjek KE..apa input yang saya dapat??..hmm..tugasan adalah..hahahaha.. untuk interaksi minggu yang ketiga ini,,6 tugasan telah diberikan oleh pensyarah dalam masa 1 jam interaksi..wow!! banyak ke kamu rasa?? tak banyak pun..6 jer kot..rilek-rilek lah..banyak masa ni..buat slow2 kan boleh,,asalkan jangan buat last minute..hahaha..nak tau apa 6 tugasan tuhh..meh lah saya bagitau..tugasan yang pertama macam biasalah refleksi mingguan..dah biasa dah..tugasan kedua lak beli buku EQ..kalau tak nak beli download dari e-book..senang,,jimat pun jimat..hahaha..tugasan ketiga bedah buku yang dibeli atau didownload tu, kemudian buat journal pasal KE dan akhir sekali download satu video apa-apa pun boleh,,lepas tu kena buat refleksi tentang video tu,,mesti berkaitan dengan KE lah,,baiklah,,sampai di sini sahajalah penulisan untuk kali ini,,refleksi untuk video pula bakal menyusul..terima kasih sudi baca..assalamualaikum..

Monday, 9 July 2012

Kecerdasan Emosi ####..Refleksi Minggu Kedua

Assalamualaikum..salam sejahtera..heloo..
Bersyukur ke hadrat Illahi atas limpah dan kurnianya dapatlah saya meneruskan penulisan saya untuk refleksi bagi minggu yang ke dua..wahh dah minggu kedua dah ni..SERONOK tuhh kena buat refleksi dalam blog..
kamu semua ada?? haha tak de kan..hebat tak kami..WAJIB tau..huhuhu..
Bagi minggu yang kedua ini,,hmmm belajar pasal PASSION..apa benda tuhh..hahaha..macam ni..passion tuh  kalau ikut google translate lah maksudnya keghairahan..hahaha..pelik kan..tapi kalau ikut apa yang pensyarah kesayangan kami terangkan passion tuhh macam perkara yang kita suka lakukan,,kita rasa seronok bila lakukannya dan kita rasa puas bila dapat buat..atau pun bila kita stress kita akan buat perkara untuk release tension..wow..itulah yang pensyarah kami terangkan..jadi kami pun dengan bertungkus-lumusnya mencari satu perkara yang boleh memberi passion kepada kami.. macam-macam jawapan ada..macam astro..macam-macam ada.. biasalah..rambut sama hitam tapi hati lain-lain..setiap orang ada passion mereka tersendiri.. macam empunya diri ini,, bagi saya perkara yang menimbulkan passion pada saya ialah..hmmm..bila tengok dalam akaun bank saya ada banyak duit..hahahaha..serius,, tu lah passion saya..bukanlah tak nak mengaku diri ini materialistik..adalah sikit tapi dah perkara itu yang memberi kepuasan pada saya.. tapi duit dalam akaun itu semestinya adalah titik peluh saya sendiri bukan duit orang lain,,tambah tolak duit elaun sekalilah..hehehe..seronoklah..sebab bila kita ada simpanan menunjukkan bahawa kita ini orang yang memikirkan masa hadapan..saya dah 19 tahun..dapat pula duit elaun dari kerajaan takkan saya dengan muka temboknya nak minta duit dari mak ayah lagi kan..saya ingin hidup berdikari..hahahaa..itu adalah diri saya..memang rasa cemburu bila tengok orang keluar jalan-jalan, beli baju cantik-cantik, handphone terkini,,jealous tu confirm,,tapi benda tu perlu ke?? saya sentiasa tanya diri saya..kehendak hati ini tidak semestinya sentiasa dipenuhi..keperluan itu yang penting..asalkan saya bahagia..pesanan yang saya sentiasa ingat sampai sekarang dari insan yang menjadi idola saya,,mak sayalah..kalau nak jadi kaya mudah sangat..menyimpanlah..kalau nak jadi miskin pun mudah..boroslah..huhuhu..hidup ini umpama roda..kejap kat atas,,kejap kat bawah..sentiasa berputar..jadi perlu sentiasa beringat..sediakan payung sebelum hujan..jangan menyesal apabila nasi sudah menjadi bubur..menabunglah untuk masa depan anda..hanya sekadar pesanan untuk orang yang sudi mendengar dan diri sendiri juga..salam sayang...terima kasih sudi membaca.. :)

Hati Ini

Apa yang ada pada hati.,? Entahlah, bila dibicarakan tentang soalnya hati,,sendiri empunya diri pun tidak dapat merungkaikannya,. Rindu?? Sayang?? Cinta?? Perasaan yang sering melanda hati ini,,hahaha..sekadar mainan hati..
_______________________________________________________________________________
Rinduku pada ummi dan ayah tidak dapat dibendung lagi.. Rasanya baru   2minggu lepas aku pulang ke kampung halaman, tetapi entahlah rindu itu datang menyinggah secara tiba-tiba., Jauh lebih bahagia aku di rumah sendiri walaupun tidak menjanjikan keselesaan kepada orang lain..Biarlah, asalkan aku gembira,..
________________________________________________________________________________
Hati ini gelisah pula,,.Cemas,,Debar,,mungkin aku risau,,bukan mungkin sebenarnya, tetapi memang risau yang amat,.haha..pointer aku untuk semester lepas tidak diketahui lagi,..jadi risau itu bercambah dengan hebatnya..Ada ura-ura mengatakan minggu hadapan keluarlah tetapi sukar dijangkalah tempat pengajian aku ini..Takut pun ada sebenarnya..Walaupun telah dikeluarkan kenyataan yang aku sudah lulus untuk menyambung pengajian di semester 3,huhu,,kehendak hati ini tidak puas selagi tidak tahu pencapaian yang sebenar, Harapanku supaya lebih baik dari tahun yang lalu..amin.. Semoga perasaan gembira yang menggantikan kerisauan ini..amin, amin,amin...doaku hanyalah semoga pointer aku untuk semester ini lebih baik dari semester lalu..nak mengharapkan 4 flat itu entahlah..kemungkinan itu hanya 0.001%..maklumlah diri sendiri ini lebih mengetahui tentang kelemahan-kelemahan dalam subjek-subjek tertentu terutamanya Pendidikan Jasmani Kesihatan..atlet dunialah katakan..haha..memang aku tak menaruh harapan yang tinggilah untuk subjek itu,.dah dapat tahu lulus pun aku dah cukup gembira..terus terang aku cakap memang ujian amali aku hancurlah..nasib baiklah ada ujian bertulis..nasib badanlah..memang aku ni dilahirkan untuk jadi orang sukan kan..hahaha..pelari pecut IPG aku pun setakat menang dua saat jer dari aku..hahahah..cakap je lebih..:P..apa-apa pun doakanlah keputusan pointer aku untuk semester lepas..salam sayang semua..assalamualaikum.. :)
_________________________________________________________________________________

Kecerdasan Emosi #### ...Refleksi Minggu Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang sudi membaca..
Post kali ini dibuat KHAS untuk subjek Kecerdasan Emosi yang telah diwajibkan kepada kami semua untuk menulis refleksi tentang apa yang kami belajar sewaktu kelas tersebut untuk SETIAP MINGGU..
Walaupun subjek Kecerdasan Emosi ini hanya SATU JAM seminggu tetapi banyak input-input penting yang telah kami pelajari dan juga banyak TUGASAN yang telah diberikan kepada kami kerana KE ini ibarat MAJOR subjek untuk semester ini..
Pada minggu pertama kelas Kecerdasan Emosi kami telah dikenalkan dengan subjek..Apa itu kecerdasan emosi? EQ? IQ? dan SQ?.. Melalui kelas itu saya dengan BANGGANYA memberitahu bahawa saya telah dapat membezakan antara EQ dan IQ..wahh hebat tak saya??huhuhu,.IQ itu merupakan kecerdasan intelek manakala EQ itu pula ialah kecerdasan emosi. Ramai manusia mempunyai IQ yang tinggi dan sesiapa yang mempunyai IQ yang tinggi akan digelar sebagai orang yang genius tetapi tahukah bahawa EQ itulah sebenarnya aspek yang penting dalam kehidupan kita..Seseorang yang mempunyai EQ yang tinggi merupakan orang yang mempunyai sifat-sifat murni dalam dirinya..analogi yang mudah dikatakan di sini samalah seperti orang yang genius tetapi menyalahgunakan kepandaian ke arah yang tidak sepatutnya contoh untuk merompak bank dunia, menceroboh akta undang-undang negara atau merancang pembunuhan tokoh-tokoh dunia,,hahaha fahamkah di sini??,,orang yang IQnya tinggi tetapi EQnya pula rendah berkemungkinan besar terpesong dalam menggunakan intelek yang dikurniakan,. berlainan pula dengan orang yang mempunyai EQ yang tinggi.. sifat-sifat murni itu akan hadir dalam diri mereka..tetapi walaupun EQ tinggi kalau IQ itu pula rendah,,hahaha kesian orang lain akan ambil kesempatan atas mereka..jadi IQ dan EQ itu perlulah seimbang.. SQ pula..hmmm..pensyarah saya katalah antara IQ, EQ dan SQ yang paling baik adalah SQ,,huhuh apa itu SQ?? ohh..kalau nak tahu SQ itu ialah kecerdasan spiritual., apa tu kecerdasan spritual.. baiklah..kecerdasan spiritual ini sebenarnya antara kita dengan Tuhan bergantung pada agama masing-masing..Seperti saya seorang Muslim kiranya hubungan saya dengan ALLAH SWT.. SQ ini lebih kepada unsur ketuhanan, macam mana hubungan kita dengan Tuhan,, mencari keredhaan dan sebagai bekalan untuk alam akhirat..sekian sahaja..terima kasih,,:)

Wednesday, 27 June 2012

Selamat Berkenalan Semua

Empunya diri ini diberi nama Mardhiah binti Baharom..Mudah dan satu perkataan sahaja..bila ditanya pada ummi apakah maksud nama ini..Alhamdulillah syukur maknanya indah sekali iaitu yang dirahmati oleh Tuhannya..semoga aku senantiasa berada dalam rahmat Allah SWT.. Seorang manusia biasa, gadis remaja yang belum banyak pengalaman tentang erti kehidupan..masih memerlukan pelbagai lagi ilmu pengetahuan..diri ini seorang yang sentiasa malah acap kali melakukan kesilapan..Menjalani kehidupan sebagai bakal guru di Insitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai Kuala Lumpur..Sekarang berada di Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk kursus mata pelajaran Bahasa Melayu..Baru Pra-Ijazah melambangkan bahawa umurku hanya baru setahun jagung dalam bidang pendidikan ini dan aku berjanji dan memegang azam untuk menjadi seorang guru yang hebat dan secara jujurnya idolaku adalah ummiku sendiri yang bertugas sebagai guru sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad Melaka juga merupakan guru Bahasa Melayu yang baru menerima pangkat guru cermerlang DG54..ummiku sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah dan beliau bertekad untuk bersara dari bidang pendidikan ini dengan pangkat yang tertinggi yang lagi satu anak tangga perlu didaki..amin amin,,kejayaanmu kebangganku..Aku juga berjanji dan bertekad akan menjadi sehebat ummiku malah beliau berkata bahawa aku perlu jadi lebih hebat dari dirinya..amin..Lupa untuk aku nyatakan disini,,walaupun aku belajar di ibu kota tetapi aku adalah anak jati negeri bersejarah huhu..Aku lahir dan menetap di Melaka..sebelum ini aku tidak pernah keluar dari Melaka..maksudku untuk belajar,,dari tadika, sekolah rendah dan seterusnya sekolah menengah semuannya di Melaka..satu pengalaman baru apabila ditawarkan belajar di perantauan walaupun tidak jauh mana pun dari negeri asal..Seronok dengan pengalaman-pengalaman yang dapat dan bakal aku kumpulkan selama 5 tahun 6 bulan ini..duduk bukan dengan keluarga walaupun sebenarnya pada peringkat menengah pun aku memang bersekolah berasrama di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka,, tetapi jarak sekolahku dengan rumah teramatlah dekat sehingga kalau aku berani 'fly' atau Bahasa Melayunya keluar asrama tanpa kebenaran memang aku akan balik ke rumahku..dari puncak bukit sekolahku,,sekolah memang dikenali sebagai sekolah atas bukit,,akan nampak kawasan perumahan aku..huhu..jadi tidak terasa 'homesick' haha..lagipun memang ummi dan ayah akan datang menjengukku setiap hujung minggu kerana adik-adikku juga turut bersekolah di sekolah yang sama,,adik-beradikku tidak ramai..aku anak sulung dari tiga beradik..semua kami tinggal di asrama,,kesian ummi dan ayah kesunyian di rumah sampailah sekarang...semua masih di asrama..jadi setiap kali hujung minggu jika kampusku tiada program aku akan balik ke rumah menemani mereka berdua..rasanya itu sahajalah yang aku coretkan sebagai pengenalan..haha banyak rasanya ini..sekian..sudilah singgah