Tuesday, 10 July 2012

Menunggu Kehadiranmu

Assalamualaikum..tajuk post kali ni macam jiwang jer kan..hahaha..memang..aku menunggu kehadiran sesuatu..aku menunggu kehadiranmu ya Ramadhan..tak lama je lagi..pejam celik pejam celik tak sampai dua minggu je lagi kita nak berpuasa..Ya Allah,, bertapa lajunya masa ini berlalu..tanpa aku sedar..padanlah ada istilah sekelip mata dalam pepatah Melayu..aku mohon kepadamu Ya Allah,,panjangkanlah umurku supaya aku dapat berjumpa dengan Ramadhanmu pada tahun ini..amin amin amin..



Aku merupakan insan yang banyak melakukan kesilapan..tidak pernah sempurna dan aku tahu aku tidak akan jadi sempurna,,tapi apa yang aku harapkan supaya diri ini sentiasa menjadi lebih baik dan terus lebih baik.. jujur aku katakan,,aku ni jahat sebenarnya..tak baik pun..tapi bukanlah kategori penjenayah..jauhkanlah ya Allah..haha..tapi aku cuba dan terus mencuba untuk menjadi orang yang tidak menyakiti orang lain dan disenangi orang lain,, InsyAllah..dan hal ini aku akan mulakan dari sekarang dan akan sentiasa dipertingkatkan..kembali kepada titik asal..huhu..selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..jangan persiakan Ramadhan kali ini,,mungkin ini adalah Ramadhan terakhir kita..peringatan untuk diri sendiri juga.,assalamualaikum,,terima kasih sudi baca..:)

No comments:

Post a Comment