Monday 9 July 2012

Kecerdasan Emosi #### ...Refleksi Minggu Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang sudi membaca..
Post kali ini dibuat KHAS untuk subjek Kecerdasan Emosi yang telah diwajibkan kepada kami semua untuk menulis refleksi tentang apa yang kami belajar sewaktu kelas tersebut untuk SETIAP MINGGU..
Walaupun subjek Kecerdasan Emosi ini hanya SATU JAM seminggu tetapi banyak input-input penting yang telah kami pelajari dan juga banyak TUGASAN yang telah diberikan kepada kami kerana KE ini ibarat MAJOR subjek untuk semester ini..
Pada minggu pertama kelas Kecerdasan Emosi kami telah dikenalkan dengan subjek..Apa itu kecerdasan emosi? EQ? IQ? dan SQ?.. Melalui kelas itu saya dengan BANGGANYA memberitahu bahawa saya telah dapat membezakan antara EQ dan IQ..wahh hebat tak saya??huhuhu,.IQ itu merupakan kecerdasan intelek manakala EQ itu pula ialah kecerdasan emosi. Ramai manusia mempunyai IQ yang tinggi dan sesiapa yang mempunyai IQ yang tinggi akan digelar sebagai orang yang genius tetapi tahukah bahawa EQ itulah sebenarnya aspek yang penting dalam kehidupan kita..Seseorang yang mempunyai EQ yang tinggi merupakan orang yang mempunyai sifat-sifat murni dalam dirinya..analogi yang mudah dikatakan di sini samalah seperti orang yang genius tetapi menyalahgunakan kepandaian ke arah yang tidak sepatutnya contoh untuk merompak bank dunia, menceroboh akta undang-undang negara atau merancang pembunuhan tokoh-tokoh dunia,,hahaha fahamkah di sini??,,orang yang IQnya tinggi tetapi EQnya pula rendah berkemungkinan besar terpesong dalam menggunakan intelek yang dikurniakan,. berlainan pula dengan orang yang mempunyai EQ yang tinggi.. sifat-sifat murni itu akan hadir dalam diri mereka..tetapi walaupun EQ tinggi kalau IQ itu pula rendah,,hahaha kesian orang lain akan ambil kesempatan atas mereka..jadi IQ dan EQ itu perlulah seimbang.. SQ pula..hmmm..pensyarah saya katalah antara IQ, EQ dan SQ yang paling baik adalah SQ,,huhuh apa itu SQ?? ohh..kalau nak tahu SQ itu ialah kecerdasan spiritual., apa tu kecerdasan spritual.. baiklah..kecerdasan spiritual ini sebenarnya antara kita dengan Tuhan bergantung pada agama masing-masing..Seperti saya seorang Muslim kiranya hubungan saya dengan ALLAH SWT.. SQ ini lebih kepada unsur ketuhanan, macam mana hubungan kita dengan Tuhan,, mencari keredhaan dan sebagai bekalan untuk alam akhirat..sekian sahaja..terima kasih,,:)

No comments:

Post a Comment